Taman Mini Malaysia Dirasmikan pada 17 Julai 1986 oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu. Taman Taman ini mengandungi 13 buah rumah tradisional yang mewakili negeri-negeri di Malaysia, sebuah gelanggang permainan tradiosional dan pentas pertunjukan kebudayaan.
Terletak 15 Kilometer dari Bandaraya Bersejarah Melaka, mempamerkan keunggulan senibina tradisi daripada 13 buah negeri di Malaysia dalam sebuah taman yang unik dan menakjubkan. Keunggulan ini timbul dari hasrat memberikan pengetahuan yang mendalam mengenai senibina tradisi dan warisan kebudayaan Malaysia.