PULAU PINANG
RUMAH SERAMBI GAJAH MENYUSU

Rumah Serambi Gajah Menyusu dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya yang kelihatan tinggi rendah seperti seekor gajah sedang menyusukan anaknya. Bahan-bahan rumah in terdiri dari kayu seperti cengal dan meranti manakala atapnya pula dari rumbia atau nipah.

SABAH
RUMAH TRADISIONAL DUSUN LOTUD TUARAN

Rumah tradisional ini terdapat di daerah Tuaran, Sabah dan didiami oleh suku kaum Kadazan Dusun yang merupakan sukukaum yang terbesar di Sabah. Bahan - bahan yang digunakan dalam pembinaan rumah Lotud ini terdiri daripada hasil - hasil hutan seperti bakau, buluh, nipah dan rotan.

TERENGGANU
RUMAH LIMAS BUNGKUS

Rumah Limas Bungkus Terengganu terdapat di Daerah Besut dan begitu popular sejak tahun 20-an. Ianya telah dibina sejak 40 atau 50 tahun yang lalu. Bumbungnya terdiri dari sebuah perabung lurus dan bersambung dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran - ukiran.

JOHOR
RUMAH LIMAS

Rumah Limas yang terdapat di Pontian dapat dikenali kerana bumbungnya mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas menurun ke cucuran atap. Di hujung cucuran atapnya dihiasi dengan ukiran. Bahan binaannya ialah kayu cengal, keranji Perak, Meranti dan sebagainya.

SELANGOR
RUMAH TRADISIONAL MELAYU SELANGOR

Rumah Tradisional Melayu Selangor yang berusia lebih 60 tahun ini mempunyai rumah ibu terdiri dari 12 batang tiang utama iaitu 6 tiang panjang dan 6 tiang serambi sama naik. Kayu- kayu yang digunakan adalah cengal, giam, damar laut, meranti, kapur dan kempas. Manakala atapnya diperbuat dari rumbia atau nipah.